Xi Balas Surat Pelajar AS

2020-02-23 14:33:19  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada murid-murid dari Sekolah Rendah Cascade, Utah Amerika Syarikat (AS) dan menggalakkan mereka terus belajar bahasa Mandarin, menghayati budaya China supaya memberikan sumbangan bagi memperkukuh persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Menjelang ketibaan Tahun Baharu China, 50 murid dari Sekolah Rendah Cascade menulis surat kepada Presiden Xi Jinping, menjelaskan keadaan pembelajaran bahasa Mandarin dan kegemaran masing-masing, menyuarakan percintaan dan minat terhadap China dan budaya negara ini. Mereka berharap dapat melawat China pada suatu hari nanti.

Presiden Xi dalam surat balasnya menyatakan bahawa China ialah sebuah negara yang besar seperti AS. China mempunyai sejarah lebih 5,000 tahun. Bahasa Mandarin ialah bahasa yang digunakan berbilion orang di dunia. Murid-murid dapat memahami budaya China menerusi pembelajaran bahasa Mandarin. Beliau melahirkan harapan agar murid-murid itu terus rajin belajar dan mencapai kemajuan besar, selain menjadi duta bagi memperkukuh persahabatan China dan AS.

Sekolah rendah Cascade yang ditubuhkan pada tahun 1967 ialah sebuah sekolah awam di negeri Utah. Hampir separuh pelajar mengikuti kursus bahasa Mandarin di sekolah itu.

胡星