G20 Yakin Penuh Ekonomi China

2020-02-23 14:36:38  CRI
Share with:

Sidang menteri kewangan dan gabenor bank pusat negara-negara Kumpulan 20 (G20) diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 22 hingga 23 Februari ini. Bagaiaman bersama-sama menghadapi risiko dan cabaran dalam pembangunan ekonomi sejagat menjadi fokus sidang kali ini. Kebanyakan pegawai, pakar dan ketua pertubuhan antarabangsa yang menyertai sidang kali ini memuji pemulihan pengoperasian syarikat-syarikat di China baru-baru ini dan berharap China mengatasi wabak koronavirus baharu (COVID-19) dan memulihkan pembangunan sosioekonomi dengan secepat mungkin.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMP), Kristalina Georgieva berkata, masyarakat antarabangsa patut meningkatkan sinergi bagi menghalang penularan wabak. Ekonomi China diunjurkan akan pulih pada suku tahun kedua sekiranya wabak dapat dikawal dengan berkesan. Sementara itu, impak wabak terhadap ekonomi dunia amat kecil dan hanya untuk sementara waktu.

Pengerusi Institut Kewangan Antarabangsa (IIF), Timothy Adams berkata, sekarang China menghadapi kesukaran dan tekanan. Masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama dengan China. Pemulihan ekonomi China menjadi harapan bersama masyarakat antarabangsa.

胡星