648 Kes Baharu COVID-19

2020-02-23 14:30:40  CRI
Share with:

Sebanyak 648 lagi kes wabak koronavirus baharu (COVID-19) dilaporkan di seluruh Tanah Besar China dalam tempoh 24 jam semalam. Dalam sehari yang sama, 97 orang meninggal dunia, 882 lagi kes yang disyaki dilaporkan, manakala 2,230 orang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Setakat tengah malam semalam, sejumlah 76,936 kes telah dilaporkan di Tanah Besar China. Daripadanya, 22,888 pesakit sudah sembuh seluruhnya, manakala 2,442 meninggal dunia. Terdapat 106,089 orang yang masih menjalani pemantauan perubatan.

Dalam pada itu, sebanyak 105 kes dilaporkan di wilayah Hong Kong, Makau dan Taiwan.

Dilaporkan lagi, perubahan positif mula dilihat di bandar Wuhan. Selain daya diagnosis ditingkatkan dengan ketara, jumlah katil dalam hospital bagi pesakit pula meningkat ketara. Sekarang, 3,000 katil baharu dapat ditawarkan di hospital dan fasiliti sementara di Wuhan setiap hari.

胡星