Kawalan Senjata Isu Hangat di Thailand

2020-02-24 13:59:04  CRI
Share with:

Isu kawalan senjata api sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat Thailand, susulan rentetan insiden tembakan di tempat-tempat awam yang berlaku dalam tempoh dua bulan ini.

Thailand negara ASEAN yang jumlah pemilikan senjata apinya paling tinggi, iaitu kira-kira 10.3 juta senapang, dengan enam juta lesen pemilik dan kadar pemilikan peribadi kira-kira 15%. Ini turut meletakkan negara itu tempat ke-13 di dunia.

Pakar senjata api Thailand, Yossrawi Uthai Somruedee menyatakan perlunya hukuman keras di sisi undang-undang bagi penyalahgunaan senjata api, begitu juga kelakuan membawa keluar senjata api dengan sewenang-wenangnya, bukannya hanya dikenakan denda sahaja.

Pakar kriminologi, Tanunsak Bavornkul pula berpendapat, pengurusan lesen senjata api tidak distandardkan di Thailand, sementara ujian psikologi terhadap pemohon lebih longgar berbanding negara-negara lain.

张弘