Xi: Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Nyawa

2020-03-03 13:10:02  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_x302

Presiden Xi Jinping menekankan, menyelamatkan nyawa lebih ramai pesakit dengan sedaya upaya merupakan tugas paling mendesak pada saat genting ini.

Beliau berujar demikian ketika meninjau kerja-kerja penyelidikan berhubung wabak koronavirus baharu (COVID-19) di Beijing semalam.

Katanya, penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan perlu dipercepat, kombinasi ubat Barat dan tradisional hendaklah terus dimanfaatkan dalam program rawatan, sementara penggunaan ubat-ubatan yang terbukti berkesan harus digalakkan. 

图片默认标题_fororder_x30

Pada masa yang sama, ubat-ubatan baharu perlu disaring, dan kaedah rawatan baharu diteroka. Usaha juga perlu dilakukan untuk mengelakkan pesakit yang mengalami simptom ringan daripada bertambah teruk.

Xi juga mengatakan perlunya meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada anggota keluarga pesakit dan mangsa.

高蕾