Usaha China Atasi Wabak Janjikan Kemenangan

2020-03-08 13:16:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125653252_15831592033211n

Di setiap fajar menyingsing, selalu ada harapan yang meninggi. Pencapaian China dalam melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) semakin mengusir kegelapan yang mengganggu kehidupan bermasyarakat, dengan kes positif dan kematian merosot ketara. Aktiviti sosioekonomi di negara ini kembali normal.

Mengimbas kembali jalan yang ditempuhi China, usaha mengatasi epidemik itu pernah mengalami cabaran yang amat kritikal disebabkan cepatnya penularan, besarnya skala dan susahnya pencegahan. Presiden China Xi jinping turun padang melihat sendiri keadaan sebenar dan menyusun strategi menewaskan wabak tersebut.

Xi menggesa semua pihak supaya bertindak serta-merta dalam pencegahan dan pengawalan wabak menerusi telesidang melibatkan lebih seratus ribu orang pegawai dari seluruh negara. Presiden ini juga menekankan pentingnya sains dan teknologi diperkenalkan untuk menjamin kesihatan rakyat serta keselamatan strategik negara selepas turun padang untuk menyaksikan perkembangan usaha melawan wabak berkenaan. Melalui laporan media, keputusan dan respons beliau disiarkan segera ke seluruh pelosok tanah air. Dengan adanya bimbingan Xi serta keterlibatan pelbagai lapisan masyarakat, usaha membendung epidemik dalam negeri mencapai kemajuan yang memberangsangkan, dan aktiviti sosioekonomi juga kembali seperti biasa.

图片默认标题_fororder_1125653252_15831592032851n

Xi menunjukkan kebijaksanaan dan kebimbingan sepanjang kempen menewaskan COVID-19. Pada awal tercetusnya, beliau mengetengahkan langkah-langkah pencegahan secara saintifik membabitkan semua rakyat. Saat tibanya masa kritikal, beliau mengingatkan semua pihak supaya bersabar dan kekal waspada. Apabila wabak dikawal, presiden ini juga mengarahkan operasi masyarakat dan kegiatan pengeluaran supaya disambung semula secara berperingkat-peringkat. Taktik yang dipakai Xi itu berjaya membantu China membendung penularan wabak, sekali gus mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan pencapaian China dalam melawan wabak sebagai luar biasa selepas melihat sendiri langkah-langkah pencegahan dan pengawalan yang disyorkan Presiden Xi di negara ini. Tedros memuji respons China melibatkan skop besar sebagai luar biasa, serta kecekapan sistem China dan keberkesanan tindakan sebagai luar biasa dan mengagumkan.

图片默认标题_fororder_770343627

Sekarang tibanya masa untuk menyaksikan bunga sakura mekar di Wuhan. Usaha menewaskan wabak yang dibimbing Presiden Xi melibatkan semua pihak pastinya akan menjanjikan kemenangan. Musim bunga yang dinanti-nantikan rakyat negara ini tidak berapa jauh lagi!

曹捷