China Bantu Kemboja Atasi Kekurangan Bahan Tekstil

2020-03-09 13:23:07  CRI
Share with:


China sedang mengambil langkah untuk membantu Kemboja mengatasi masalah kekurangan bahan mentah tekstil. 

Kedutaan Besar China di Kemboja semalam memaklumkan, kumpulan pertama bahan-bahan mentah berkenaan akan tiba di negara itu bermula hari ini. 

Industri pemprosesan pakaian Kemboja berdepan kekurangan bahan mentah akhir-akhir ini ekoran penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19). Kounselor ekonomi dan perdagangan di Kedutaan Besar China, Wu Guoquan berkata, konsep berkongsi susah dan senang teras pembinaan komuniti berkongsi nasib antara China dengan Kemboja. 

Pada masa ini, China sedang berusaha menyambung semula kegiatan pengeluaran serta menyelaraskan dan menjamin bekalan dan penghantaran bahan-bahan tekstil ke Kemboja. 

Difahamkan, pelbagai syarikat logistik termasuk China COSCO dan The Orient Overseas Container (OOCL) akan bekerjasama menjamin penghantaran bahan tekstil ke pelbagai pelabuhan di Kemboja secara beransur-ansur. Kapal yang membawa lebih 60 kontena bahan tekstil dijangka tiba di Sihanoukville hari ini. Wu Guoquan yakin atas usaha bersama, bahan-bahan berkenaan akan dihantar ke kilang-kilang di Kemboja dengan secepat mungkin, sekali gus membantu industri tempatan mengatasi kesulitan sementara.

王瑾