Presiden China, Xi Jinping tiba di bandar Wuhan pagi tadi untuk meninjau kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di sana.
Sejurus tiba di bandar itu, beliau segera pergi ke Hospital Huoshenshan untuk melihat sendiri keadaan operasi, program rawatan pesakit, perlindungan kakitangan perubatan dan kerja-kerja penyelidikan di fasiliti tersebut. Beliau menziarahi pesakit yang sedang menjalani rawatan, selain menyampaikan rasa simpati kepada kakitangan yang berjuang siang malam untuk melawan wabak.
Beliau juga akan meluangkan masa untuk menziarahi kakitangan perubatan, anggota pasukan tentera, pekerja di komuniti, anggota polis, pegawai kerajaan peringkat akar umbi, sukarelawan, pesakit dan penduduk tempatan.