Xi Meninjau Pencegahan dan Kawalan Wabak di Wuhan

2020-03-11 11:06:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125692140_15838579493011n



Presiden China, Xi Jinping meninjau kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di bandar Wuhan, ibu kota provinsi Hubei semalam. 

Beliau menegaskan, provinsi Hubei dan bandar Wuhan lokasi penting yang juga kunci kemenangan dalam perjuangan melawan wabak di seluruh negara. Situasi di sana telah menampakkan perubahan positif, namun usaha melawan wabak koronavirus kekal mencabar. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat perlu terus bertungkus lumus untuk menjayakan perjuangan ini. 

 

图片默认标题_fororder_1125692140_15838579493321n

 

图片默认标题_fororder_1125692140_15838579494101n



Katanya, pada saat genting ini, mereka yang dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli perubatan, anggota tentera, pekerja di komuniti perumahan, polis dan pegawai peringkat akar umbi terus mara berjuang dengan berani. Penduduk di Wuhan telah memberikan sumbangan yang besar, dan jasa mereka memperlihatkan semangat bangsa China yang berganding bahu dan tolong-menolong. Mereka ini pahlawan yang pasti akan diabadikan dalam lipatan sejarah. 

王瑾