ASEAN Lulus 12 Inisiatif Kerjasama Ekonomi

2020-03-11 11:30:31  CRI
Share with:


Mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri ekonomi ASEAN yang diadakan di Da Nang, Vietnam semalam, meluluskan 12 inisiatif berhubung projek-projek yang diutamakan dalam kerjasama ekonomi blok tersebut pada tahun ini. 

Inisiatif berkenaan dikemukakan oleh Vietnam, negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, menyentuh aspek e-niaga, perdagangan barangan, tenaga, teknologi maklumat, pertanian, pembangunan mampan, kewangan, statistik, inovasi dan sebagainya. 

Sasaran utamanya adalah untuk memperkasakan kesalinghubungan, ikatan perkongsian demi keamanan dan pembangunan mampan, serta keefisienan dan kefleksibelan operasi ASEAN. 

Mesyuarat turut meluluskan siri cadangan yang dikemukakan oleh kumpulan kerja integrasi ASEAN pada Februari lalu. Para menteri juga telah membincangkan kaedah untuk mempertingkat kerjasama antara ASEAN dengan rakan-rakan kongsinya. 

王瑾