China Bantu Kemboja Atasi Kekurangan Bahan

2020-03-11 12:56:17  CRI
Share with:


Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas tindakan proaktif pihak China yang membantu negaranya mengatasi masalah kekurangan bahan mentah. Dalam kenyataan melalui media sosial semalam, Hun Sen berkata syarikat dan pelabur dari China telah memastikan bahan mentah yang amat diperlukan oleh kilang-kilang di Kemboja dihantar tepat pada masanya. 

Industri pembuatan pakaian negara itu mengalami kekangan dari segi bekalan bahan mentah baru-baru ini akibat impak penularan wabak kovonavirus baharu (COVID-19). Pada malam kelmarin, kumpulan pertama bahan mentah tekstil dari China yang sebanyak 63 kontena tiba di Pelabuhan Sihanouk. Pelbagai badan kerajaan tempatan telah bekerjasama untuk membuka “laluan hijau” bagi membolehkan bahan-bahan yang dihantar dari China diangkut dengan lebih efisien. 

Industri tekstil dan pakaian merupakan salah satu tonggak ekonomi Kemboja, yang menawarkan sejumlah besar peluang pekerjaan. Lebih 60% bahan mentah kegunaan industri itu diimport dari China. 

王瑾