China Sumbang Bantuan kepada Malaysia

2020-03-19 15:20:27  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_651a60762f474a708d16f0602e11076f

Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian menyerahkan barang-barang bantuan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh pagi tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min menerima barangan tersebut bagi pihak Malaysia.

Bai Tian menyatakan China dan Malaysia merupakan jiran dan sahabat baik yang hubungannya dapat digambarkan dengan peribahasa “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. Kerajaan dan rakyat Malaysia telah menyediakan sokongan yang amat dihargai ketika China berjuang melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19). Kini giliran China pula untuk sedaya upaya membantu Malaysia.

图片默认标题_fororder_0e4e376028ec4131af9ef56f7cda9832 (1)

Katanya, sumbangan berupa 5,000 penutup mulut dan hidung serta 10,000 pelitup perubatan ini merupakan bantuan kumpulan pertama daripada China, yang diharap dapat sedikit sebanyak membantu doktor dan jururawat yang berjuang melawan wabak. Selain itu, 3,500 set reagen pengesanan virus yang dijanjikan akan dihantar secepat mungkin.

Kerajaan China sedang giat menyiapkan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh Malaysia, seperti pakaian pelindung dan mesin bantuan pernafasan.

图片默认标题_fororder_af3f926e78984d57954e4bd1e7546e64 (1)

Kedutaan Besar China akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan berkenaan di Malaysia untuk meneroka saluran bekalan barangan perubatan. Syarikat-syarikat China juga akan digalakkan menyediakan bantuan kepada Malaysia.

张弘