China Sumbang Alat Perubatan untuk PDRM

2020-03-21 12:28:46  CRI
Share with:

Malaysia menerima bantuan lebih 20,000 peralatan perubatan dari China, semalam, khusus untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, bantuan itu diterima pihak Kedutaan Malaysia di Beijing menerusi Duta Besar Malaysia di sana, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, dan wakil PDRM, Chern Lea Keong.

“Lagi bantuan peralatan perubatan! Terima kasih sekali lagi kepada China yang menyumbang 1,000 penutup mulut dan hidung, 20,000 pelitup perubatan, 100 pakaian pelindung dan 100 gogal, kali ini khusus untuk anggota PDRM pula.

“Malaysia dan China - air dicincang tidak akan putus!” katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau, malam tadi.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan turut menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mulai esok, bagi membantu penguatkuasaan perintah itu.

– BERNAMA

梁靓