Malaysia Bawa Masuk Topeng Muka dari China

2020-03-22 12:36:22  CRI
Share with:

Sebanyak 10 juta topeng muka dari China akan dibawa masuk secara berfasa bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara Malaysia berikutan penularan jangkitan COVID-19.

 

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diurus Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

 

Katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, di Putrajaya semalam.

 

Bekalan baharu itu, katanya hanya akan dibuka kepada pasaran untuk dibeli orang ramai sekiranya ada lebihan selepas diagihkan kepada pasukan barisan hadapan.

 

(Sumber dari BERNAMA)

梁靓