China Sumbang Bantuan kepada Malaysia

2020-03-24 12:51:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ml

Kedutaan Besar China di Malaysia dan syarikat pembangun projek rel Pantai Timur, China Communication Construction (CCC) menyerahkan barang-barang bantuan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pagi tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min menerima barangan tersebut bagi pihak Malaysia.

图片默认标题_fororder_ml2

Duta Besar China, Bai Tian menyatakan sumbangan berupa 5,000 penutup mulut dan hidung N95 serta 20,000 pelitup perubatan dan 1,200 pelindung mata itu diharap dapat membantu ahli perubatan Malaysia untuk terus berjuang melawan wabak COVID-19.

Dalam masa beberapa hari akan datang, lebih banyak barang bantuan akan disumbangkan.

Bai Tian menyatakan China dan Malaysia merupakan jiran dan sahabat baik yang hubungannya dapat digambarkan dengan peribahasa “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. Oleh itu, China akan sentiasa berganding bahu dengan Malaysia untuk menghadapi cabaran dan mengatasi dugaan.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾