334,981 Kes COVID-19 di Dunia

2020-03-24 11:57:39  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_yg

Sebanyak 334,981 kes jangkitan wabak COVID-19 telah dilaporkan di seluruh dunia, setakat pukul 6 petang 23 Mac waktu pusat Eropah (CET).

Data terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan wabak tersebut telah dikesan di 189 negara dan wilayah, meragut nyawa 14,510 pesakit.

图片默认标题_fororder_yg2

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam ucapan menerusi televisyen pada hari yang sama, menyifatkan COVID-19 sebagai ancaman terbesar yang dihadapi negaranya dalam puluhan tahun. Beliau berkata, polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan termasuk mengenakan denda dan menyuraikan perhimpunan sekiranya orang awam tidak akur akan peraturan yang ditetapkan.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe pula mengumumkan peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai hari ini, hanya membenarkan setiap individu keluar bersenam sekali sehari selama satu jam ke tempat sejauh satu kilometer maksimum dari rumah sendiri.

图片默认标题_fororder_fg

高蕾