Sedia Anjur Lagi Telesidang Perubatan

2020-03-25 11:40:31  CRI
Share with:

China bersedia mengadakan satu pusingan baharu sesi telesidang perubatan bersama-sama negara ASEAN dalam masa terdekat ini.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Brunei, Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof menerusi telefon semalam.

Wang menyatakan perpaduan, kerjasama dan kesalingpercayaan antara rakyat China dan ASEAN dipercayai akan diperkukuh lagi dalam perjuangan bersama melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) pada ketika ini.

Beliau turut menyampaikan salam Presiden Xi Jinping kepada Sultan Brunei, dan mengucapkan terima kasih kepada Brunei yang menyokong China dalam usahanya melawan wabak.

Erywan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan China mencegah dan mengawal COVID-19, serta kesediaannya untuk memberi sokongan dan bantuan kepada Brunei.

Katanya, pihaknya menyokong penganjuran telesidang perubatan berkenaan, dan berharap interaksi antara ASEAN dan China akan pulih normal selepas wabak mereda.

高蕾