China, Kazakhstan Saling Bantu

2020-03-25 13:56:02  CRI
Share with:

Sikap tolong-menolong antara satu sama lain yang ditunjukkan China dan Kazakhstan apabila dalam kesusahan menjadi contoh baik untuk diteladani masyarakat antarabangsa.

Presiden China, Xi Jinping berujar demikian ketika perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev malam tadi.

Xi berkata, tatkala China berdepan dengan detik susah dalam perjuangan memerangi wabak koronavirus baharu (COVID-19), Kazakhstan tampil menghulurkan tangan membantu. China ingin membalas budi baik negara jiran itu yang dilanda wabak sama pada ketika ini.

Menurut beliau, walaupun pandemik berkenaan membawa cabaran kepada kerjasama dua negara, namun juga menyediakan peluang baharu. Kerjasama dua hala harus diperluas khususnya dalam ekonomi digital serta perubatan dan kesihatan, hingga menjadi titik pertumbuhan baharu bagi hubungan kedua-dua pihak.

Tokayev membalas, pihaknya akan berganding bahu bersama China untuk mengatasi wabak COVID-19. Beliau berjanji, usaha Kazakhstan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala selaku rakan kongsi strategik komprehensif akan dilipatgandakan, sementara penglibatannya dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan akan ditingkatkan.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾