China Serah Bantuan kepada Thailand

2020-03-25 12:48:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zt

Bantuan berupa bahan-bahan perubatan bagi kegunaan melawan wabak yang disediakan oleh kerajaan China telah diserahkan kepada pihak Thailand semalam.

Majlis penyerahan diadakan di Bangkok, diserikan dengan kehadiran Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China, Yang Xin dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul.

图片默认标题_fororder_zt2

Sambil mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan dan rakyat Thailand, Anutin turut memuji inisiatif yang diambil China bagi mengawal wabak COVID-19, langkah-langkah yang dikatakan wajar dipelajari oleh negaranya. Beliau percaya, persahabatan antara kedua-dua negara akan bertambah kukuh dan erat setelah wabak dikalahkan.

Yang Xin pula berkata, China tidak melupakan sokongan yang diberikan Thailand pada masa genting dalam perjuangannya melawan wabak berkenaan. China bersedia berkongsi pengalaman, berganding bahu dan bersama-sama mengatasi kesukaran semasa.

高蕾