Bach:Tunda Olimpik Selamatkan Nyawa

2020-03-25 13:28:46  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan ditunda kepada 2021 ekoran wabak COVID-19 yang sedang menular pantas di seluruh dunia.

Keputusan diumumkan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach semalam, yang turut menjelaskan bahawa penangguhan temasya tersebut adalah bagi “menyelamatkan nyawa.”

Menurut persetujuan antara Bach dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, acara Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos itu akan diatur semula selewat-lewatnya pada musim panas tahun depan.

Perkembangan ini menjadikan Olimpik Tokyo temasya pertama yang ditangguhkan dalam sejarah Olimpik moden selama 124 tahun.

Tarikh baharu akan dibincangkan oleh Suruhanjaya Penyelaras IOC dan pihak penganjur Tokyo.

Bach berkata, perkembangan semasa wabak COVID-19 tidak memberi pihaknya pilihan melainkan menunda temasya yang cukup dinanti-nantikan itu.

高蕾