Bersama Jaga Kesihatan Awam Global

2020-03-25 14:01:47  CRI
Share with:

China mahu menyumbang kepada keselamatan kesihatan awam global, kata Presiden Xi Jinping semasa dihubungi rakan sejawatnya dari Poland, Andrzej Duda menerusi panggilan telefon, malam tadi.

Xi menyatakan, jasa kerajaan Poland dan pelbagai lapisan masyarakat di negara itu dalam membantu China membendung penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) terpahat di hati semua rakyat China. Tatkala Poland dilanda kesusahan, China tidak akan kedekut untuk menghulurkan bantuan baik dalam bentuk barangan mahupun tenaga.

Menerusi telesidang, pakar perubatan China berkongsi pengalaman jagaan dan rawatan dengan mereka dari 17 negara di Eropah Tengah dan Timur termasuk Poland.

Xi mengulangi bahawa China sentiasa mendukung konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan bersedia bekerjasama dengan Poland dan negara-negara lain untuk menewaskan pandemik berkenaan.

Dalam pada itu, Andrzej Duda menyanjung tinggi bakti dan dedikasi doktor dan jururawat China dalam perjuangan memerangi wabak COVID-19, dan mengakui langkah-langkah yang diambil China boleh dicontohi pihaknya. Beliau menzahirkan penghargaan kepada kerajaan China atas bantuan yang disalurkan tepat pada masanya.

Duda juga menanti-nantikan peluang untuk bertemu dengan Presiden Xi sejurus selepas wabak reda.

高蕾