Filipina Mula Tempoh Darurat Tiga Bulan

2020-03-26 12:29:20  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam mengisytiharkan bermulanya tempoh darurat selama tiga bulan untuk mengawal penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di negara itu.

Dalam situasi darurat, presiden boleh menggunakan segala sumber bahan dan kewangan negara untuk menghalang wabak daripada terus merebak.

Data terkini Kementerian Kesihatan Filipina menunjukkan setakat pukul 4 petang semalam waktu tempatan, sebanyak 84 kes baharu COVID-19 dikesan di negara itu, menjadikan jumlahnya 636 termasuk 38 kes kematian dan 26 yang sudah sembuh.

高蕾