Bentuk Sinergi Atasi Cabaran

2020-03-26 13:17:42  CRI
Share with:

Anggota Kumpulan 20 (G20) digesa supaya menunjukkan solidariti dan meningkatkan koordinasi untuk menjamin keselamatan kesihatan awam global.

Pendirian itu dinyatakan Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu ketika ditemui pemberita susulan keputusan kehadiran Presiden Xi Jinping pada

Sidang Kemuncak Khas G20 berkaitan COVID-19 yang dilangsungkan bermula hari ini menerusi telesidang.

Menurut Ma, ini merupakan aktiviti pelbagai hala terpenting yang pertama dengan kehadiran Presiden Xi semenjak wabak koronavirus baharu meletus dua bulan lepas.

Beliau menyifatkan penganjuran sidang kemuncak berkenaan sebagai tepat pada masanya serta besar maknanya untuk membincangkan langkah-langkah mencegah penularan wabak dan memantapkan ekonomi global. Kehadiran Xi bukan sahaja memperlihatkan iltizam China menggembleng tenaga bersama masyarakat antarabangsa untuk menghapuskan wabak, malah imej negara Tembok Besar ini yang bertanggungjawab dan proaktif dalam usaha sama global memerangi penularan pandemik.

Ma turut mengulangi pendirian China yang sentiasa menyokong kerjasama G20 dan menyumbang kepada kemantapan ekonomi global. China berharap agar pihak-pihak terbabit meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro dan bertindak mengembalikan keyakinan pasaran.

高蕾