China Mudahkan Pembelian Bahan Perubatan

2020-03-26 14:06:28  CRI
Share with:

China akan memudahkan negara-negara asing melakukan pembelian peralatan dan kelengkapan perubatan dari negara ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berujar demikian semasa sidang media di Beijing semalam, susulan permintaan global terhadap peralatan perubatan makin meningkat dalam menghadapi wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Menurut Geng, China mengambil pendirian untuk berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya usaha masyarakat antarabangsa dalam memelihara ekonomi global yang terbuka serta kestabilan rantai bekalan dan pengeluaran dunia.

Beliau mengulangi bahawa China tidak pernah mengambil sebarang tindakan sekatan untuk mengganggu kegiatan perdagangan, sebaliknya menggalakkan syarikat domestik memperluas pasaran eksport.

Setakat ini, pembeli dari Brunei, Itali, Jepun, Rusia, Britain dan negara-negara lain telah menandatangani kontrak pembelian peralatan perubatan dengan syarikat-syarikat China, yang melibatkan kit ujian, penutup hidung dan mulut, sut pelindung dan pelindung mata.

Tambah Geng, lingkungan perniagaan China akan terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat antarabangsa. Seiring dengan penyambungan semula operasi, semakin banyak syarikat di negara ini juga akan menyumbang kepada usaha sama global memerangi pandemik.

高蕾