67 Kes Baharu COVID-19 di Tanah Besar China

2020-03-26 12:56:44  CRI
Share with:

Sebanyak 67 lagi kes wabak koronavirus baharu (COVID-19) dilaporkan di seluruh Tanah Besar China dalam tempoh 24 jam semalam, yang semuanya berasal dari luar negara.

Pada hari yang sama, 6 kes kematian dan 58 kes yang disyaki dilaporkan, kesemuanya dari luar negara.

Setakat tengah malam semalam, sejumlah 541 kes jangkitan yang asalnya dari luar negara telah dilaporkan di Tanah Besar China.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di Tanah Besar China kini mencatat 81,285. Antaranya 74,051 sudah sembuh sementara 3,287 meninggal dunia, dan masih ada 159 kes yang disyaki.

高蕾