Bekerjasama Atasi COVID-19

2020-03-26 13:19:22  CRI
Share with:

China dan Jerman seharusnya menyusun baik agenda politik yang penting di samping memperkemas kerjasama dalam pelbagai bidang demi mengurangkan impak berikutan penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Presiden Xi Jinping berkata demikian ketika dihubungi Canselor Jerman Angela Merkel menerusi panggilan telefon malam tadi.

Menurut Xi, tatkala China dilanda wabak, Jerman telah menunjukkan solidariti dengan menghulurkan tangan membantu. Jasa itu dikenang seluruh rakyat China. Sebagai balasan, China lantang menyokong usaha Jerman memerangi wabak itu dengan menyalurkan bantuan sedaya mungkin. Selain berkongsi pengalaman jagaan dan rawatan, China ingin meningkatkan kerjasama dengan negara itu dalam bidang penyelidikan vaksin dan ubat-ubatan.

Beliau juga berharap agar dua negara bertindak bagi memastikan kestabilan rantai pengeluaran dan bekalan, sambil menemukan potensi kerjasama dalam industri baru muncul.

Dalam pada itu, Angela Merkel menzahirkan penghargaan kepada kerajaan China atas bantuan yang disalurkan tepat pada masanya. Beliau yakin, usaha sama Jerman dan China dalam melawan wabak boleh menjadi teladan kepada masyarakat antarabangsa.

高蕾