Bantuan China Penting bagi Kemboja

2020-03-26 12:39:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_hs

图片默认标题_fororder_hs2

Kumpulan pakar perubatan dan barang bantuan yang tiba dari China Isnin lalu amat penting bagi Kemboja dalam usaha melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

 

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata demikian dalam mesyuarat dengan kumpulan pakar berkenaan semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak China, Hun Sen turut menzahirkan rasa yakin akan kemampuan kumpulan tersebut.

图片默认标题_fororder_hs3

Beliau menyeru rakyat meningkatkan kesedaran tentang wabak COVID-19 dan memperketat pencegahan. Rakyat juga diminta supaya tidak keluar dari rumah sekiranya tidak perlu.

Sejak minggu lepas, Kemboja telah melarang kemasukan warga asing dari Amerika Syarikat (AS), Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Iran untuk 30 hari. Kerajaan juga menutup sekolah, tempat hiburan KTV, panggung wayang dan muzium buat sementara waktu, di samping melarang perhimpunan agama dan konsert. Bagaimanapun, pasar, restoran, kedai kopi dan kilang pakaian masih belum ditutup.

Dimaklumkan, sebanyak 93 kes jangkitan dilaporkan di negara tersebut setakat semalam.

高蕾