Krisis Paksa Berubah Nada

2020-03-26 13:24:54  CRI
Share with:

Bagaikan pasang surut air laut, begitulah perubahan sikap politikus Amerika Syarikat (AS) terhadap China dewasa ini.

Pada Isnin lalu, Naib Presiden Mike Pence mengatakan usaha China melawan wabak COVID-19 “bertambah telus dan terbuka”. Presiden Donald Trump pada hari sama pula menggambarkan pandemik koronavirus dengan perkataan “virus” sahaja, berbeza sekali dengan kelakuan lalu.

Semenjak Trump menggunakan panggilan “virus China”, ramai orang keturunan Cina di AS diganggu dan dibuli ke mana-mana sahaja mereka pergi. The New York Times mengulas bahawa orang keturunan Asia yang lain turut sama diancam, kerana kelompok yang prejudis tidak dapat membezakan mereka dengan orang Cina.

Trump kini berdepan tekanan politik yang semakin hebat. Golongan pengundi keturunan Asia sedang bertambah ramai pada kadar yang pesat dan pengaruh mereka amat besar di negeri-negeri yang dipanggil “swing states”, iaitu yang masih belum didominasi mana-mana daripada dua parti utama AS. Golongan inilah yang dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya, yang menjadi sasaran kempen Parti Demokrat dan Republikan.

Dari perspektif antarabangsa pula, keperluan untuk memupuk persahabatan dengan China semakin menonjol. AS yang kekurangan bahan-bahan untuk kegunaan mengatasi wabak, sedang mencari jalan untuk mengimport penutup mulut dan perkakasan pelindung dari China. Selaku pembeli terbesar bekalan perubatan keluaran China, adalah amat penting bagi AS mengekalkan hubungan yang baik dengan negara ini pada tempoh krisis semasa.

高蕾