COVID-19: PBB Lancar Pelan Tindakan Global

2020-03-26 12:25:51  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam melancarkan pelan tindakan global bagi membantu negara-negara yang mudah terjejas melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Pelan tindakan itu dikatakan memerlukan dana berjumlah USD2 bilion (RM8.8 bilion).

Di bawah pelan tersebut, kelengkapan dan bahan perubatan akan disediakan kepada negara yang memerlukan, sementara kemudahan membasuh tangan akan dipasang di kem pelarian serta pusat petempatan bagi mereka yang tiada tempat berteduh.

Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pencegahan wabak, dan beberapa koridor udara akan dibuka bagi memudahkan kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾