Kes COVID-19 Cecah 600 di Singapura

2020-03-26 12:27:02  CRI
Share with:

Sebanyak 73 lagi kes wabak koronavirus baharu (COVID-19) dilaporkan di Singapura setakat tengah hari semalam, 38 daripadanya berasal dari luar negara.

Kementerian Kesihatan Singapura pada hari yang sama memaklumkan, jumlah jangkitan di negara itu kini mencecah 631, termasuk dua kes kematian dan 160 yang sudah sembuh.

Surat khabar Shin Min Daily News melaporkan, hampir 60% kes COVID-19 di Singapura asalnya dari luar negara, dengan lebih sepertiga daripada mereka yang dijangkiti pernah melawat ke Britain.

Kerajaan Singapura menjangka lebih ramai warga tempatan yang menetap atau belajar di Britain dan AS akan pulang ke tanah air dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Untuk mengurangkan risiko penyebaran di dalam komuniti, mereka yang berkenaan akan dibawa ke lokasi tertentu untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus selepas ketibaan.

高蕾