Sekolah di China Dibuka Semula

2020-03-26 12:45:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_hj

Sekolah-sekolah di pelbagai tempat di China kini dibuka semula secara beransur-ansur, selepas penularan wabak COVID-19 di dalam negeri berjaya dikawal dengan efektif.

Di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, setiap pelajar perlu memohon kod kesihatan sebelum kembali ke sekolah. Dengan mengimbas kod pada telefon bimbit atau kad penduduk bandar Hangzhou, mereka boleh mengetahui sama ada tahap kesihatan sendiri memenuhi syarat untuk ke sekolah atau tidak.

Di dalam bilik darjah, meja dan kerusi dipisahkan dengan jarak lebih jauh antara satu sama lain, dan setiap kelas dihadkan kepada 30 hingga 35 pelajar. Guru dan pelajar juga dikehendaki memakai penutup hidung dan mulut.

图片默认标题_fororder_hj

Di provinsi Shanxi, lebih 250 ribu pelajar tahun ketiga sekolah menengah atas kembali ke sekolah secara rasmi semalam selepas melalui proses saringan ketat. Sekolah di seluruh provinsi itu juga telah mengambil langkah-langkah seperti Hangzhou.

Kerajaan provinsi Anhui dalam surat edarannya memaklumkan, pelajar tahun ketiga sekolah menengah atas akan mula bersekolah pada 7 April sementara pelajar tahun ketiga sekolah menengah rendah pada 13 April. Pelajar-pelajar lain juga akan diaturkan bersekolah semula secara berperingkat-peringkat namun tidak dibenarkan lebih awal daripada 20 April.

高蕾