G20 Digesa Susun Pelan Tindakan COVID-19

2020-03-27 11:55:59  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa para pemimpin Kumpulan 20 (G20) menyusun pelan tindakan bagi melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19), di samping membantu negara-negara membangun mengatasi kesukaran ini.

Guterres berkata demikian pada Sidang Kemuncak Khas G20 berkaitan COVID-19 yang dilangsungkan menerusi telesidang, semalam.

Beliau menekankan berapa perlunya G20 membina sebuah mekanisme respons wabak dengan panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyelaraskan tindakan dan memberi bantuan secara besar-besaran kepada negara-negara membangun bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk mengatasi wabak.

Katanya, membendung penularan virus berkenaan dengan secepat mungkin harus dijadikan strategi bersama.

G20 juga didesak agar melancarkan pakej stimulus dan menghulurkan bantuan dalam bentuk sumber kepada negara-negara membangun.

高蕾