G20 Janji Suntik Dana USD5T

2020-03-27 11:56:48  CRI
Share with:

Kumpulan 20 (G20) akan mengambil tindakan pantas dan efektif termasuk menyuntik dana lebih USD5 trilion (RM21.2 trilion) kepada ekonomi global bagi menghadapi impak wabak COVID-19.

Inisiatif tersebut diumumkan para pemimpin G20 dalam kenyataan bersama susulan sidang kemuncak khas berkaitan COVID-19 yang dilangsungkan menerusi telesidang, semalam.

Menurut kenyataan tersebut, G20 akan bertindak menyokong ekonomi sambil melindungi pekerja dan syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dana USD5 trilion tersebut akan disalurkan sebagai sebahagian pakej dasar fiskal, langkah ekonomi dan pelan jaminan insurans bersasaran tepat untuk mengurangkan impak negatif wabak terhadap masyarakat, ekonomi dan kewangan.

Para pemimpin G20 turut meminta menteri-menteri kesihatan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk berkongsi pengalaman. Beberapa tindakan kecemasan juga akan diambil bersama, sebelum persidangan peringkat menteri yang dijadualkan pada April.

G20 akan bersama-sama institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia untuk mengatasi epidemik ini.

高蕾