Sumbangan kerajaan China untuk membantu kerajaan Indonesia melawan wabak COVID-19 tiba di Jakarta semalam.
Kumpulan pertama bahan bantuan dari China itu termasuk reagen ujian, penutup hitung dan mulut N95, pelitup pembedahan, pakaian pelindung dan mesin pernafasan mudah alih.
Kementerian Kesihatan Indonesia semalam memaklumkan, sebanyak 103 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada hari itu berbanding hari sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan 893. Antaranya, 78 pesakit meninggal dunia sementara 35 telah sembuh.