Media, Ilusi Politik di AS

2020-03-29 14:45:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_cx

Hos Saluran Perniagaan Syarikat Penyiaran FOX Amerika Syarikat (AS), Trish Regan menganggur setelah dibatalkan perjanjian pekerjaannya kelmarin.

Dalam program bulan ini, Trish menyifatkan langkah Parti Demokrat yang mempersoalkan Donald Trump dengan isu penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) sebenarnya berniat mendakwa presiden. Bagaimanapun, menurut Network Berita Kabel (CNN) pula, ramai hos FOX sengaja meringankan kesan wabak dan menyerang Parti Demokrat dengan alasan "virus".

图片默认标题_fororder_cx2

Liu Xin dari CGTN, yang pernah berdebat dengan Trish sebelum ini pula menyampaikan rasa kecewanya terhadap hos AS itu kerana sikap permusuhannya terhadap China semakin menonjol.

Menyebelahi suatu parti politik dianggap tradisi media di AS. Syarikat Penyiaran Nasional (NBC), Syarikat Penyiaran Amerika (ABC) dan Sistem Penyiaran Columbia (CBS) cenderung menjunjung kebebasan, sedangkan FOX dipandang sebagai sayap konservatif yang selalu menyokong Trump. Sebahagian hos terkemuka dari FOX bertalu-talu menggembar-gemburkankan “teori komplot” kepada penonton mereka setelah tercetusnya COVID-19.

图片默认标题_fororder_cx3

Bagaimanapun, hukum yang tidak pernah berubah itu adalah pasaran yang menjadi penggerak operasi media di AS. Dalam konteks melambungnya jumlah kes jangkitan wabak kepada 100 ribu di negara berkenaan, kebanyakan hos FOX mula mengubah sikap mereka. Namun Trish tetap menggembar-gemburkan teori terbabit, sehingga menyinggung rakyat yang giat berjuang dengan wabak. Jadi, adalah wajar bagi FOX memecat jawatan Trish, memandang pendapat umum dan tekanan dari pengiklan.

Media penerangan yang selalu disifatkan sebagai kuasa keempat di AS, bagaimanapun, terperangkap dalam rebutan parti politik dan operasi pasaran, dan berubah menjadi ilusi politik sahaja, kerana gagal menyatupadukan kerajaan dengan masyarakat dalam usaha melawan wabak.

高蕾