AS Saksi Peningkatan Drastik Kes COVID-19

2020-03-29 13:33:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_3

Setakat semalam, Amerika Syarikat (AS) merekodkan 121,117 kes positif wabak koronavirus baharu (COVID-19) dan 2,010 kematian, yang menjadikan kes baharu harian melonjak kepada 20,000. Data yang dikumpul Universiti John Hopkins menunjukkan bahawa kes baharu jangkitan COVID-19 harian didapati mencecah 10,000 dalam tempoh lima hari berturut-turut.

Mengapa AS menyaksikan peningkatan yang amat drastik? Ada yang mendakwa angka berkenaan melonjak dengan cepat akibat penularan pantas virus itu serta peningkatan kemampuan menguji sampel. Menurut laporan terkini media AS, terdapat tiga penyebab utama yang memaksa negara itu berdepan dengan ancaman yang bertambah buruk tersebut.

Yang pertama, keruntuhan sistem pencegahan wabak pusat. Beth Cameron, bekas Pengarah Kanan Jabatan Biopertahanan dan Keselamatan Kesihatan Global Majlis Keselamatan Negara (NSC) Rumah Putih, memberi penjelasan menerusi akhbar The Washington Post bahawa Presiden Donald Trump menggagalkan fungsi jabatan itu pada Mei 2018. Perbuatan Timothy Ziemer berhenti kerja sebagai pengurus pasukan petugas bagi menangani pandemik membuatkan negara itu terdedah kepada ancaman wabak itu tanpa sebarang persediaan rapi.

图片默认标题_fororder_1

Yang kedua, kesusutan peruntukan yang mengganggu operasi jabatan kesihatan. Portal Foreign Policy melaporkan, peruntukan terhadap sistem kesihatan AS mengalami kesusutan semenjak 2018. Washington memotong perbelanjaan operasi jabatan kesihatan sebanyak USD15 bilion (RM64.9 bilion) melibatkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), NSC, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan (HHS).

图片默认标题_fororder_2

Dan ketiga, sikap endah tak endah Presiden Trump. Menurut analisis CNN, ancaman pandemik yang semakin meningkat bagaimanapun tidak dihiraukan Presiden Donald Trump, malah beliau mengambil remeh amaran tegas yang diberikan pakar kesihatan awam. Pentadbiran Trump diselar bersikap sambil lewa dalam menghadapi wabak serta ketinggalan dalam langkah pencegahan dan gagal mengatasi kekurangan kelengkapan perubatan termasuk alat bantuan pernafasan.

 

高蕾