Dunia Bertindak Bendung COVID-19

2020-03-29 14:14:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_mg2

图片默认标题_fororder_mg

Data yang diperoleh Universiti John Hopkins sehingga malam tadi menunjukkan bahawa jumlah jangkitan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di Amerika Syarikat (AS) mencecah 121,117 dan kes kematian meningkat kepada 2,010, antaranya negeri New York mengesahkan 52,318 kes positif dan 728 kematian.

Sehubungan itu, Presiden Donald Trump mengumumkan 15 buah negeri termasuk New York, Washington, California dan New Jersey serta Guam dan Puerto Rico status "malapetaka dahsyat".

 

Di Itali, angka harian dicatatkan sebanyak 5,974, yang menjadikan keseluruhan kes jangkitan bertambah kepada 92,472, manakala 10,023 kematian.

Kementerian Kesihatan Perancis mengesahkan 4,611 kes jangkitan baharu semalam, menyebabkan keseluruhan kes positif melonjak kepada 37,575 sementara 2,314 kematian.

Di Britain pula, negara itu mencatatkan sebanyak 17,089 kes jangkitan dengan 2, 510 kes tambahan semalam, manakala angka kematian meningkat kepada 1,019.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin mengeluarkan perintah penutupan semua laluan darat dan air serta landasan kereta api bermula 30 Mac, sementera menutup sempadan dengan Belarus untuk membendung penularan COVID-19.

高蕾