Pos Ekspres Sokong Perjuangan Lawan Wabak

2020-03-30 13:50:21  CRI
Share with:

Demi membantu perjuangan sedunia melawan wabak COVID-19, Biro Pos Negara (SPB) China telah mengatur supaya pembekal perkhidmatan kiriman ekspres domestik membuka “laluan hijau” untuk memudahkan penghantaran bahan-bahan yang diperlukan di dalam dan luar negara, melalui transit di seberang laut serta langkah menambah penerbangan carter dan laluan baharu. 

Pengarah Jabatan Dasar dan Undang-undang SPB, Jin Jinghua memaklumkan, laluan pengangkutan pos udara ke Rusia dan Belgium telah ditambah, masing-masing dengan kapasiti muatan 292 tan atau 42 ribu bungkusan. Pada 19 Mac, sebanyak 400 ribu penutup mulut dan hidung yang didermakan provinsi Jiangsu telah dihantar ke Jepun dan Korea Selatan melalui dua laluan penerbangan khas. 

Difahamkan, syarikat Shun Feng (SF) telah memperbanyak laluan pengangkutan ke Eropah, India dan Amerika Syarikat setakat ini.  

Pada 1 hingga 14 Mac, syarikat itu telah mengangkut bahan-bahan melawan wabak yang seberat 108 tan dari China ke 39 negara dan wilayah. 

王瑾