Banduan Lepas Lari dari Penjara Thailand

2020-03-30 12:32:46  CRI
Share with:

Beberapa orang banduan telah melarikan diri dari sebuah penjara di wilayah Buri Ram, timur laut Thailand susulan satu khabar angin yang mengatakan ada banduan di sana dijangkiti wabak COVID-19.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya empat banduan melarikan diri selepas ramai tahanan merusuh dan menyalakan api di dalam bangunan penjara terbabit semalam.

Pihak polis telah mengawal situasi dan memasang pos pemeriksaan di sekitar penjara untuk menangkap semula mereka yang terlepas. 

王瑾