Pakar AS: Pasar Wuhan Bukan Asal Coronavirus Baharu

2020-03-30 11:18:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_5313f30012944e3b9f9331c4b6064ad8

 

Dakwaan bahawa pasar makanan laut Huanan di Wuhan merupakan punca penularan koronavirus baharu telah disangkal oleh pakar perubatan dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu temu bual eksklusif bersama berita ABC, Profesor Dr. Robert Garry dari Sekolah Perubatan Universiti Tulane mengatakan analisis oleh pihaknya dan juga saintis lain mendapati penularan koronavirus itu telah bermula lebih awal daripada yang direkodkan di Wuhan.

Katanya, memang benar ada kes yang dikesan di Wuhan, namun bandar itu bukan tempat asal koronavirus baharu.

Pada pandangannya, pandemik ketika ini mungkin tercetus ekoran mutasi pada lapisan protein virus berkenaan.

Ahli mikrobiologi dan imunologi itu juga tidak menolak kemungkinan satu versi koronavirus yang lebih lemah telah pun tersebar dalam kalangan manusia untuk bertahun-tahun malah berdekad-dekad lamanya, sebelum meledak ke tahap semasa.

王瑾