CCG Gesa Kerjasama Antarabangsa Lawan Wabak

2020-03-31 11:50:17  CRI
Share with:

Kumpulan pemikir Center for China and Globalization (CCG) mengumumkan laporan merumuskan pengalaman China melawan wabak COVID-19 semalam.

Laporan bertajuk “perkasakan kerjasama antarabangsa di pelbagai peringkat, bahu-membahu melawan pandemik” itu turut mengetengahkan cadangan bagi menstabilkan ekonomi global, memelihara rantai industri dan bekalan seluruh dunia, melindungi keselamatan bahan makanan serta memperkukuh sinergi membabitkan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan dan vaksin.

Laporan itu dilihat sebagai hasil pengajian terkini CCG mengenai usaha memerangi wabak.CCG menaruh perhatian dan mengkaji situasi di China dan dunia sejak tercetusnya wabak tersebut.

王瑾