Hampir 700,000 Kes COVID-19 di Dunia

2020-03-31 13:23:17  CRI
Share with:
Sebanyak 697,244 kes jangkitan wabak COVID-19 telah dilaporkan di seluruh dunia setakat pukul 6.00 petang semalam waktu pusat Eropah (CET).
 
Data terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan wabak tersebut telah dikesan di 203 negara dan wilayah, meragut nyawa 33,257 pesakit.
 
Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat pukul 6.30 petang 30 Mac waktu timur Amerika Syarikat (AS), jumlah kes yang dilaporkan di negara itu telah mencecah 160,020 dengan 2,953 daripadanya meninggal dunia.
 
Setakat petang yang sama, jumlah kes jangkitan di Itali mencecah 101,739 yang meningkat 4,050 berbanding hari sebelumnya, dengan 11,591 kematian.
 
Di Perancis pula, jumlah kes jangkitan meningkat 4,376 dalam masa 24 jam kepada 44,550. Sebanyak 418 kematian dilaporkan dalam masa sehari sama iaitu paling tinggi bagi negara itu setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 3,024.
 
Media Perancis melaporkan, sebuah pesawat China yang membawa 8 juta penutup mulut dan hidung kegunaan perubatan tiba di Paris petang semalam. Bekalan bahan-bahan yang diperlukan untuk melawan wabak COVID-19 akan terus diangkut ke Perancis dari China melalui empat penerbangan setiap minggu selama beberapa bulan akan datang.
王瑾