Gesa Henti Campur Tangan Isu Venezuela

2020-03-31 14:17:15  CRI
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) mematuhi Piagam PBB dan norma asas hubungan antarabangsa, menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman Venezuela. 

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam satu taklimat media di Beijing semalam. 

Terdahulu, Jabatan Kehakiman AS mendedahkan hasrat untuk membuat dakwaan terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan pegawai-pegawai kanan lain atas tuduhan terlibat dengan “keganasan membabitkan dadah”. Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan, pihaknya akan memberikan ganjaran sebanyak USD15 juta (RM62 juta) untuk menahan Maduro dan USD10 juta masing-masing bagi empat kroninya. 

Hua berkata, Venezuela merupakan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. China sentiasa membantah mana-mana pihak luar mencampuri urusan dalaman negara tersebut, dan tegas menentang sebarang bentuk sekatan unilateral yang dikenakan secara haram. Semua pihak yang berkenaan diseru agar menitikberatkan kesejahteraan rakyat Venezuela, mengekalkan kestabilan di negara itu bahkan seluruh rantau terbabit, dan menggalakkan masalah-masalah sedia ada diselesaikan secara damai. 

王瑾