Menteri Perdagangan G20 Bincang Langkah Lawan COVID-19

2020-03-31 12:59:19  CRI
Share with:

Menteri-menteri perdagangan Kumpulan 20 (G20) telah bermesyuarat secara telesidang pada malam semalam, bagi membincangkan situasi wabak COVID-19. 

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan menyatakan, pada sidang kemuncak khas G20 mengenai COVID-19 minggu lepas, Presiden Xi Jinping telah membuat saranan dalam empat perkara bagi mempergiat kerjasama antarabangsa untuk melawan wabak. 

Zhong Shan juga memanjangkan tiga cadangan pihak China untuk memastikan kenyataan bersama sidang kemuncak tersebut dilaksanakan sepenuhnya. 

Pertama, merapatkan kerjasama antarabangsa yang melibatkan bahan-bahan keperluan pencegahan dan kawalan wabak demi menjaga keselamatan nyawa rakyat dan kakitangan perubatan di seluruh dunia. Kedua, memelihara kestabilan rantai bekalan global, serta aktif bertindak mengurangkan tarif, menghapuskan sekatan perdagangan dan mempermudah perdagangan. Dan ketiga, memelihara iklim global yang bersifat terbuka dan bekerjasama, mengekalkan keterbukaan pasaran, mempertahankan multilateralisme, serta menentang perlindungan perdagangan. 

Mesyuarat dipengerusikan Arab Saudi, turut meluluskan satu kenyataan khas G20 mengenai wabak COVID-19. 

王瑾