Pakar China Kongsi Pengalaman di Pakistan

2020-03-31 13:16:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_chinapakistankongsi

 

Kumpulan pakar perubatan China telah berkongsi pengalaman berhubung pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 dengan teman-teman seperjuangan mereka di Pakistan.

Penyelaras Makmal dan Awam Pusat Kesihatan Negara Pakistan, Dr. Khan menyatakan beliau amat berpuas hati dengan jawapan teliti yang diberi oleh kumpulan tersebut kepada soalan-soalan yang diajukannya.

Katanya, pihaknya telah mendapat banyak maklumat mengenai wabak berkenaan misalnya dalam aspek pengendalian kes, langkah pencegahan dan ujian serologi dalam diagnosis, yang pasti dapat membantu petugas di barisan hadapan.

Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) salah satu hospital untuk merawat pesakit COVID-19. Dr. Nasim Akhtar yang bertugas di sana menyatakan hospital tersebut telah menerima 31 pesakit COVID-19, termasuk empat yang kritikal.

Pada pandangannya, pengalaman China membendung wabak itu sangat penting. Beliau yakin dapat memperolehi lebih banyak maklumat berharga daripada kumpulan pakar yang dihantar China ke negaranya. 

Difahamkan, kumpulan pakar tersebut akan mengunjungi enam hospital di Islamabad bermula hari ini, sebelum ke Lahor dan Karachi untuk membantu perjuangan di barisan hadapan.

王瑾