Komited Cegah Aliran Masuk COVID-19 dari Luar

2020-03-31 12:35:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125790452_15855767807911n

 

China mengambil pelbagai tindakan bagi mencegah aliran masuk wabak COVID-19 melalui laluan darat, air dan udara. 

Sejak tercetusnya wabak tersebut, China telah menggantung kesemua kegiatan pengangkutan darat dan air kecuali pengangkutan kargo. Pada masa ini, hanya 34 daripada 65 laluan darat masih dibuka, yang dihadkan kepada penghantaran barang. 

Perkhidmatan pengangkutan penumpang turut dihentikan buat sementara waktu di kesemua 128 laluan air. Pada setiap hari, kira-kira 500 kapal kargo tiba di China melalui laluan antarabangsa, membawa lebih kurang 7,000 anak kapal. Untuk keselamatan, Jabatan Pentadbiran Am Kastam telah menyusun garis panduan khusus yang menstandardkan proses kuarantin kapal yang berlabuh. 

 

图片默认标题_fororder_1125783156_15854436323671n

 

Pada 26 Mac, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah mengeluarkan notis khas mengenai langkah mengurangkan bilangan penerbangan dalam tempoh pencegahan dan kawalan wabak. Bagi melindungi penumpang dan kru, setiap syarikat penerbangan hanya mengekalkan satu penerbangan seminggu ke mana-mana negara. Pada 19 hingga 29 Mac, sebanyak 443 penumpang yang menunjukkan tanda-tanda demam ketika di luar negara diminta supaya tidak menaiki kapal terbang China. 

王瑾