Xi Seru Kekang Kekerapan Kemalangan dan Bencana

2020-04-01 11:46:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125795986_15856673884951n

Pada 31 Mac 2020, sebuah helikopter kelihatan menuju ke lokasi kebakaran setelah mengambil air.

 

Presiden China, Xi Jinping telah menggesa supaya usaha secara kolektif terus diperhebat bagi mengekang kekerapan berlakunya kemalangan dan bencana.

Gesaan dibuat sebagai sebahagian arahan kerja susulan insiden kebakaran hutan di provinsi Sichuan kelmarin.

Xi yang telah mengarahkan pasukan respons kecemasan digerakkan serta-merta, meminta jabatan kerajaan di semua peringkat menyiasat dengan teliti risiko dan bahaya tersembunyi seperti kebakaran, serta menjamin seluruhnya keselamatan nyawa dan harta rakyat.

Pada kira-kira pukul 4.00 petang Isnin lalu, satu kebakaran tercetus di kawasan hutan berhampiran bandar Xichang, yang memarak ekoran angin kuat. Disebabkan perubahan arah dan kelajuan angin, sebanyak 19 orang termasuk 18 ahli bomba terkorban, sementara tiga lagi cedera.

Hingga sekarang, sebanyak 2,044 petugas telah dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan api, manakala 174 kereta bomba dan enam sistem bekalan air jarak jauh telah digerakkan dari bandar-bandar lain di provinsi Sichuan untuk membantu operasi menyelamat.

Setakat tengah malam Isnin lalu, lebih 1,000 hektar tanah termasuk 80 hektar kawasan hutan musnah dijilat api.

王瑾