China Batal Had Pegangan dalam Syarikat Sekuriti

2020-04-01 14:27:51  CRI
Share with:

China memansuhkan had pegangan oleh pelabur asing dalam syarikat sekuriti bermula hari ini, sebagai langkah untuk memacu keterbukaan pasaran modal. 

Pelabur asing yang layak boleh membuat permohonan untuk menubuhkan syarikat sekuriti atau mengubah nisbah pemilikan syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China (CSRC). 

Menurut pengumuman CSRC, pembatalan nisbah pegangan tersebut adalah secara menyeluruh, dilakukan lapan bulan lebih awal daripada jadual asal. 

Pada pandangan orang dalam, langkah ini memperlihatkan tekad dan keyakinan kerajaan China untuk membuka pasaran modal kepada dunia luar. 

Statistik berkenaan menunjukkan, terdapat lima syarikat sekuriti pegangan asing di China pada masa ini iaitu UBS, JP Morgan, Nomura, Morgan Stanley Huaxin dan Goldman Sachs. 

王瑾