Kerjasama China, Britain Lawan Wabak Berhasil

2020-04-01 12:43:58  CRI
Share with:

Penularan wabak COVID-19 semakin serius di Britain, dengan jumlah kes jangkitan mencatat lebih 25 ribu sehingga mengakibatkan lebih 1,700 kes kematian pada masa ini.

Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming berkata, China dan Britain telah menjalankan kerjasama dua hala yang amat berhasil dalam perjuangan untuk mengalahkan wabak. Pada masa yang sama, kedutaan besar juga amat mementingkan perlindungan hak dan kepentingan warga China di Britain.

Liu memaklumkan, dari segi pertukaran dan perkongsian pengalaman untuk memerangi wabak, China berkongsi pelan diagnosis dan terapi bagi COVID-19 edisi terkini dengan Britian tepat pada waktunya.

Britain juga mengatur supaya kumpulan pakar perubatan negaranya mengikuti mesyuarat secara dalam talian berhubung keadaan wabak antara China dengan negara-negara Eropah.

Dari segi kerjasama membabitkan kajian sains, Britain mempunyai kelebihan dalam sektor perubatan serta penyelidikan dan pembangunan vaksin.

Kedua-dua negara telah menjalankan kerjasama yang memuaskan. Sebagai contoh, kerjasama antara universiti China dengan beberapa kolej pengajian tinggi dan unit kajian saintifik Britain termasuk Universiti Oxford dan Imperial College London juga amat efisien.

王瑾