Potong Cukai, Ringankan Impak Wabak

2020-04-01 13:00:32  CRI
Share with:

China telah momotong cukai dan bayaran berjumlah lebih RMB400 bilion (RM235.3bilion) pada dua bulan pertama tahun ini. Dasar keutamaan tersebut terus membantu syarikat-syarikat domestik dan asing mengatasi impak akibat wabak COVID-19. 

Ketua auditor dari Jabatan Pentadbiran Am Percukaian Negara (SAT), Wang Daoshu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan badan-badan yang berkaitan untuk menyusun katelog perindustrian yang menggalakkan kemasukan modal dari luar, agar syarikat asing dapat menikmati dasar keutamaan termasuk dari segi pencukaian dalam lebih banyak bidang. 

SAT akan memfokuskan tiga aspek bagi mengatasi impak wabak, iaitu pelaksanaan lanjut dasar keutamaan, kerjasama menyusun katalog perindustrian serta penambahbaikan iklim cukai perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. 

王瑾